Pages

Thursday, December 30, 2010

~Semalam punya cerita~

29/12/10
 Semalam pasti ramai keluar tengok bola Malaysia main.Malaysia main memang mantap.Bolos dua gol cenderahati untuk Indonesia dari khairul fahmi.Duduk tengok bola reramai memang terbaik.Budak sebelah ak jerit sampai kering saluran kerongkong.Aku kesian bagi sikit air.Sebelum bagi ak jampi skit air tu.Lepas minum je air tu dia sambung jerit balik.Die jerit bebetul dekat dengan saluran gegendang telinga aku.Fuh nasib baik tak tercabut koklea ak.Mungkin salah jampi kot.Tapi takpe,semangat budak tu tengah membara.Yelah kan,Malaysia lawan akhir ,sape tak jerit rugila.Bukan selalu.Aku pun tanpa berpikir panjang,turut jerit,menonjolkan emosi aku.high volume mase Indonesia miss penalti.Perghhhh ,tercabut gak la telinga budak depan ak.pastu kemera fokus plak kat awek2 indonesia.memang menyirap darah bebudak ni..Mane tak menyirap,fokus mengejut time awek tu tgh bukak "air-cond 2 hp".Aku dapat rasekan pengulas tu pon menyirap.Tapi puas hati gak dapat bawak balik piala.Durian runtuh lagi.Pergh,mesti masyuk punye.penuh poket diorang..o_0


~Diari Farid~

Wednesday, December 22, 2010

Nasihat abang boy

Peluang di depan jangan kau lepas kan pergi,

Takut tiada yang kedua nanti

Hidup didunia tak semua gembira,

Jangan kau tangisi yang sudah tiada

Hari harimu penuh berduri,

Kelak pasti bahagia kau temui

Semalam yang pergi takkan datang kembali,

Esok tempat lepaskan rindumu

Berdoa selalu pada yang Esa,

Moga jalanmu tidak berdarah semula

Sampaikan salamku pada rakanmu,

Tempat mengadu engkau selalu.....o_0


p/s:berada dalam ke-boring-an yang melampau....

Monday, October 25, 2010

Nadia jiran Baru-Part 2

Cuti hujung minggu farid disergah oleh isnin yang lesu.Pagi isnin farid selalunya muram.Rasa mengantuk sukar dibuang jauh.Sebab apa,sukar di ungkapkan.Kuat betul syaitan menghasut farid setiap hari isnin .Pagi-pagi lagi mak nya sudah menyiapkan sarapan untuk mereka sekeluarga.Sarapan hari itu ringkas sekali.Roti panas disaluti telur kekuningan.Sempat juga farid menyuapkan sekeping roti tepat ke arah mulutnya yang tak berapa luas.Selepas puas meneguk milo segelas,dengan pantas terus farid meluru ke sekolah.Dicapainya beg sekolah biru kelamnya.Dan terus belalu pergi..Pagi itu sungguh indah.Cuaca sungguh baik sekali.Perjalanan farid nampak lenggang juga.Jalan yang sama dilaluinya setiap hari nampak sunyi saja pagi itu.Mungkin dia terlalu awal hari itu.


Di tengah jalan yang sepi itu,terlihat farid seorang perempuan bertudung ayu berjalan berlenggang kangkung mengikut jalan yang berliku.Tidak semena-mena gerak irama langkah farid bertukar seakan perempuan itu.Di betulkn semula posisi langkah nya untuk menampakkan kejantanan nya.Hendak ditegur perempuan ayu itu,tapi mulut hanya terkumat kamit hingga tiba di pintu sekolah.Tak berdaya farid melepaskn walau sepotong ayat.Dibiarkan saja ayat itu membeku di dada nya.sememangnya begitu lah setiap hari kesudahannya.

Farid sampai disekolah tepat jam 7.20 pg..Gerak gerinya sering diperhatikan pelajar2 lain.Sampai saja ke sekolah,terus die meluru kearah farhan aka paan."Apa cita pg ni bro?",tanya paan...
Farid diam seribu bahasa dan terus melabuhkan "tirainya" di kerusi pavilion sekola."ko ni pg2 dah emo ke?",tanya paan lg...farid terus termenung.matanya menusuk tajam ke arah pintu gerbang sekolah.."Ehh,bro,ap yang ko tgk tu,pengawas kat pintu pagar tak de lah cun mane",kata paan..."aduyai,ak tanya ak jawab,mmg mcm ckp dgn selipar."keluh paan.....

farid:pinjam jap homework sejarah...
paan:tension ak lyn ko ni...nah yob...
farid:ak bkn ap paan,td ak ad nmpk minah kelas 4harmoni..
paan:habis tu,ko dh berkenan ke,bunga dh berputik or idung ko berdarah tgk die?...
farid:ak tgk die mcmmmm laen je hr ni...ko perasan?? ...
paan:eheh,sepanjang ak dok tggu ko kat sni,xperasan plak ak...ko cite skit "laen" ap yg ko maksudkn...
farid:dari kaca mate ak la kn,hr ni minah tu die pkai perfume lain...sebelum ni laen yob...
paan:laaa,bau bdn org yg ko bau pg2 ni...bdn ak ko bau x..haha...
farid:eh,ak dgr cite ad budak baru nk masuk hr ni...budak tu jiran ak...ko jgn usik die...
paan:yob,mcm keras je amaran ko ni...okla,ak x usik die...tp ak comfirm die yg akn dtg tackle ak...haha..
farid:aduyai ko ni,pg2 dh hembuskn ayat longkang....haha...

loceng masuk sekola berbunyi dimana farid masih lg terkial kial 'menyemak' keje rumah si paan...o_0

Monday, July 5, 2010

Nadia Jiran Baru-Part 1

Sehari berjalan melemahkan jiwa farid.Lenguh di badan tak dapat ditahan lagi.Ditambah lagi dgn aksi Argentina yang terkulai layu.Terus die merebahkan badan nya yang tak bermaya ke atas tilam empuk bergebu di biliknya.Dikala baru hendak memejam mata ingin merehatkan otak yang lesu,ter-imbas semula segala kepenatan seharian  difikirannya sejenak.Tidak kurang lima minit berselang,farid terus tewas dibawa arus mimpi indah.

"Faaaarid,Fariddd"..tersentak dgn suara itu,terus terjaga farid dari tidurnya.."Sape plak la kaco ,baru je nadia nk kuar dlm mimpi ak".."faridddd , sini jap nak",laung mak farid dgn frekuensi tinggi.."jap makkkk",balas farid dgn nada yg lesu..Farid pun turun tangga rumah nya yang agak curam itu.Dilangkahnya pelahan-lahan anak tangga itu dgn muka tak berperasaan..Satu demi satu anak tangga dituruni dgn kelajuan 1 bps akhirnya sampai jua di bahu tangga.."Haa,turun pun budak bertuah ni"..tegur mak die..."Kenapa mak ??"..soal farid...

Mak farid(mf):Apasal muka ko macam cite Autumn In my heart ni??,maradona pakai tangan lagi ke??.....
Farid:Mana ade mak..German pakai bomoh je..Terus terang jela mak nk ap,x usah lah mak berkias kias dgn sy ni..

mf:xde ap,mak nk suruh ko beli minyak ..mak nk masak pon susah kalu xde minyak..

farid:ooo tu jeke..mak kuih lapis ni sape bagi??...

mf:kuih tu jiran baru kita bagi..ank die nadia tu anta td..katenye die masuk sekola ko minggu dpn..

farid:i say nadia...ad die kim salam kat saye ke mak?..

mf:ad..die kim salam maut kat ko..dh2,pegi beli minyak cpt..

"ak rase mcm nk tackle nadia..macam ada can je..xpe,balik je dari kedai nnt,ak buat plan A n B"...kata farid dalam hatinya..

mf:ap yang ko berangan lagi tu,cpt2....taula coach germany pkai rambut palsu...0_O


Friday, July 2, 2010

Rejab:Masih Ada Masa

Bulan Rejab merupakan antara bulan yang istemewa bagi umat islam..mengulas semula ap yang dikatakan oleh penceramah dimasjid bahawa bulan Rejab antara 4 bulan haram..Haram disini bermaksud istimewa..selain bulan Rejab ,bulan Zulkaedah,Zulhijjah dan Muharram adalah bulan haram..Pada zaman Rasulullah,segala bentuk permusuhan dihentikan pada bulan tersebut dan amal ibadat dilipatgandakan..


Bulan Rejab merupakan bulan persediaan bagi umat islam bagi menghadapi bulan Ramadan..Doa ini boleh diamalkan semasa bulan ini..

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan"..

P/s:Semoga kita dapat sampai ke bulan Ramadan..Jika anda sampai,bersyukurlah kerana anda salah seorang yang dipilih Allah...0_O

Berikut Hikmah Berpuasa di bulan Rejab..

1.sehari berpuasa dibulan Rejab InsyaAllah anda mendapat syurga tertinggi(Firdaus).

2.Dua hari berpuasa pahalanya dilipatgandakan.

3.Tiga hari berpuasa,dikurniakan kepada mereka parit yang panjang yang menghalang mereka ke neraka.

4.Empat hari berpuasa,dijauhkan daripada bala,penyakit dan fitnah dajjal di hari kiamat

5.Lima hari berpuasa,terhindar dari azab kubur.

6.Enam hari berpuasa,mukanya bercahaya apabila keluar dari kubur untuk dihisab

7.Tujuh hari berpuasa,ditutup kepada mereka tujuh pintu neraka.

8.Lapan hari berpuasa,dibuka kepada mereka lapan pintu syurga.

9.Sembilan hari berpuasa,keluar dari kubur dan mengucap dua khalimah syahadah dan tidak ditolak mereka dari memasuki syurga.

10.Sepuluh hari berpuasa,dijadikan dua sayap untuk terbang sepantas kilat di sirotalmustaqim

Besar sungguh hikmah yang bakal kita terima jika berpuasa dibulan ini...

Wednesday, June 30, 2010

~Maaf Tak Bernoktah~

Berlari bak kijang dikejar pemangsa buas tak bergigi,sementara hujan renyai sedang tunggu bertukar lebat.Burung mencari tmpat bersembunyi di sudut-sudut rendang,angin sepoi hilang diganti guruh silih berganti.Farid berlari laju umpama pelari pecut bolt dikejar asafa powell.Cuaca hari itu mencemburui farid..Die terpaksa mencari tempat berteduh setelah hujan turun tiba-tiba membasahi uniform putih sekolah nya.Rambutnya yang selalu diselaputi Gel tuttt,hari ini hilang serinya dan baru die sedar yang die tertipu oleh iklan di kaca tv yang bermulut manis memasarkan produk mereka.



Perasaan Kali ini amat antagonis sekali.Perasaan marah sewaktu ini biasalah..Selepas penat berteduh,ada pulak anasir-anasir jahat membuat durjana.Tanpa pandang sini sana,terus melanggar lubang di tempat perteduhan farid.Apa lagi,berkocak la dan terkena tempias air longkang bernajis.Di saat ini darah muda farid turut berkocak mengiringi hari yang basah itu.Nasib baik tuan empunya kereta memberhentikan kereta merah miliknya.




Kalau ikutkan hati ,mahu saja die melonjak menerkam tuan empunya kereta.Tapi belum sempat dia melempiaskan emosinya kearah tuan empunya kereta,die terdengar ungkapan maaf dari seseorang."Maafkan saya encik ke abang ke.Pemandu saya baru dapat lesen keta."kata seorang gadis yang berambut panjang paras bahu itu.

farid:ooo macam tu ke cite nye..even alasan cikkk???

maria:Cik maria,pgl je maria..

farid:ooo,even alasan cik maria ni agak was-was tuk saya terima..tapi ok la kn dr blah mcm tu je..

maria:kalu mcm tu,awak nk ap2 ke sebagai ganti rugi,pampasan ke..bapak sy org kaye..

farid:xpe2 cik maria..lagipon baju ni,baju lame..dh bekarat dh pon...

maria:oyeke,kalu mcm tu sy pergi dlu la ye..coz saya ad byk benda nk urus..0_O

Asas CEriterA

Boleh penulis tafsirkan,farid bukan lah seorang yang suke akan wanita yang tinggi profile nya.Pertemuan dengan gadis pilihan sebolehnya tidak bersandarkan pada seni mengorat yang penuh di dada.Seperti yang diinginkan oleh mereka yang faham istilah seni mengorat,mereka pastinya inginkan pertemuan yang sederhana,yang tidak dirancang sama sekali.Pertemuan di dalam bas ,bertemu di perpustakaan dek kerana berlanggar atau pun berlanggar yang menumpahkan aiskrim yang baru mahu dikunyah dan sebagainye.Pertemuan yang paling farid inginkan,penulis kira pertemuan dengan seorang gadis yang kesempitan sewaktu dalam proses membayar di kaunter -kaunter pasaraya ataupun farid sendiri yang tersepit kerana ketandusan wang.Farid merasakan pertemuan waktu ini amat menyerlahkan ke-macho-an nye.Menggunakan teknik-teknik mengorat lebih kepada perancangan boleh menjelmakan situasi yang penulis kira abnormal.Tetapi dalam edisi yang akan datang,penulis terpaksa mengetengahkan teknik-teknik ini kerana farid berada dalam kesuntukan waktu dek cabaran yang dilemparkan oleh rakan sebayanye pada edisi yang lepas...0_o

Saturday, June 26, 2010

Hari yang cerah itu amat sesuai sekali bagi farid melakukan aktiviti yang digemarinya.Setibanya die di persimpangan taman yang ditujui nya,tidak semena-mena dia merasa dirinya dipegang oleh tangan-tangan jahat yang kuat mencengkam menusuk dagingnya terus ke tulang.Nilu rasenye.terus tersembur perkataan yang kurang enak dari mulutnya.Tersentak dgn itu,farid terus berpaling melihat gerangan yang memegang erat bahunya.OOO,rupa-rupanya zack aka zakiah..Zakiah ni keras orang nya.Dah serupa lelaki.ditambah pula dengan ilmu silat pulut yang dibelajainya,zakiah memang gemar mempamerkan kekerasan nye.Tapi zakiah ini,seorang yang keras diluar lembut didalam.Zack ini sebenarnya pon pertama kali berjoging disitu.Tiba-tiba saja ternampak kelibat farid..Terusla die mencengkam bahu mamat itu.

Farid:Laa,zakiah rupenye..ko buat pe kat sini

zack:farid,xpayah la ber-zakiah zakiah dengan ak.cukupla sekali ko melukai hatiku

farid:haha..KO ni memang lembut didalam la.So,ko nmpk makin sasa je.Dh sasa baru nk jogging ke..

zack:bukan pasal kesasaan aku jogging ni.Ak saja nk hirup udara segar.Ko pun tau kan.yg kawasan rumah ak tu byk pencemaran.Hari2 hirup asap itam,mau tumbuh misai ak ni

farid:ekele.ak dh taula alasan ko ni..

zack:so,ko buat ap plak kat sini.cari calon ke?

farid:hajatnye mcm tula mulanye..tp dh terjumpa ko ni,terbantut plak.

zack:ko ckp bantut2 ni,perli ak ke..mcm la ko tggi sgt..

farid:haha..jomla jogging sama...kite pon dh mcm merpati dua sejoli

zack:ak silat leher ko kang farid..

mereka pon bersama beriadah di tmn indah itu.sambil menghirup udara segar disulami permandangan enak yang ditonjolkn bunga2 mekar...0_O

Friday, June 11, 2010

Mahu lebih??


hari berganti hari..
bulan bertuka sabit..
malam dan siang menyimpan memori.
memori indah disimpan di hati..
hati yang lembut penyeri diri..
diri x semesti akan sendiri..
sendiri menyelami suria pagi...
pagi yang indah tiada pengganti..
pengganti pasti x serupa lagi..0_o

Thursday, April 8, 2010

Cuaca pagi tu indah sekali ,dengan kicauan burung ,air mengalir dan kedengaran jiran kelam kabut pergi bekerja..farid yang sudah lame tidak bersenam akhirnya hari tu mengambil keputusan drastik untuk kluar bersenam.kononnya ingin sihat luar dan dalam.Tengah sibuk menyiapkn dri untuk kluar,kedengaran suara."farid,ko ad nmpk baju mak kat sini..semalam mak lipat trus simpan dlm almari..ko ad nmpk tak"

farid:farid x nmpk la mak,tp farid rase farid blh agak la bj mak tu kat mane..
mak:kat mane farid oi,ko ni mmg mak syg lebih sebab ko ni salu blh agak.cpat skit nak oi,mak nk jumpa untie mary ni...
farid:farid rase dlm almari kot..cube mak tgk..mak farid nk joging jap..siap kn la pape yg patut lpas farid blk nnt terus nk mkn..


farid pon tanpa belengah lg,trus meluru kluar rmh seperti lipas kudung dan trus memulakn exercise nye..niat nye sebenanye untuk mencuci mata nya dh lame x cuci...cont-