Pages

Monday, July 5, 2010

Nadia Jiran Baru-Part 1

Sehari berjalan melemahkan jiwa farid.Lenguh di badan tak dapat ditahan lagi.Ditambah lagi dgn aksi Argentina yang terkulai layu.Terus die merebahkan badan nya yang tak bermaya ke atas tilam empuk bergebu di biliknya.Dikala baru hendak memejam mata ingin merehatkan otak yang lesu,ter-imbas semula segala kepenatan seharian  difikirannya sejenak.Tidak kurang lima minit berselang,farid terus tewas dibawa arus mimpi indah.

"Faaaarid,Fariddd"..tersentak dgn suara itu,terus terjaga farid dari tidurnya.."Sape plak la kaco ,baru je nadia nk kuar dlm mimpi ak".."faridddd , sini jap nak",laung mak farid dgn frekuensi tinggi.."jap makkkk",balas farid dgn nada yg lesu..Farid pun turun tangga rumah nya yang agak curam itu.Dilangkahnya pelahan-lahan anak tangga itu dgn muka tak berperasaan..Satu demi satu anak tangga dituruni dgn kelajuan 1 bps akhirnya sampai jua di bahu tangga.."Haa,turun pun budak bertuah ni"..tegur mak die..."Kenapa mak ??"..soal farid...

Mak farid(mf):Apasal muka ko macam cite Autumn In my heart ni??,maradona pakai tangan lagi ke??.....
Farid:Mana ade mak..German pakai bomoh je..Terus terang jela mak nk ap,x usah lah mak berkias kias dgn sy ni..

mf:xde ap,mak nk suruh ko beli minyak ..mak nk masak pon susah kalu xde minyak..

farid:ooo tu jeke..mak kuih lapis ni sape bagi??...

mf:kuih tu jiran baru kita bagi..ank die nadia tu anta td..katenye die masuk sekola ko minggu dpn..

farid:i say nadia...ad die kim salam kat saye ke mak?..

mf:ad..die kim salam maut kat ko..dh2,pegi beli minyak cpt..

"ak rase mcm nk tackle nadia..macam ada can je..xpe,balik je dari kedai nnt,ak buat plan A n B"...kata farid dalam hatinya..

mf:ap yang ko berangan lagi tu,cpt2....taula coach germany pkai rambut palsu...0_O


Friday, July 2, 2010

Rejab:Masih Ada Masa

Bulan Rejab merupakan antara bulan yang istemewa bagi umat islam..mengulas semula ap yang dikatakan oleh penceramah dimasjid bahawa bulan Rejab antara 4 bulan haram..Haram disini bermaksud istimewa..selain bulan Rejab ,bulan Zulkaedah,Zulhijjah dan Muharram adalah bulan haram..Pada zaman Rasulullah,segala bentuk permusuhan dihentikan pada bulan tersebut dan amal ibadat dilipatgandakan..


Bulan Rejab merupakan bulan persediaan bagi umat islam bagi menghadapi bulan Ramadan..Doa ini boleh diamalkan semasa bulan ini..

"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadan"..

P/s:Semoga kita dapat sampai ke bulan Ramadan..Jika anda sampai,bersyukurlah kerana anda salah seorang yang dipilih Allah...0_O

Berikut Hikmah Berpuasa di bulan Rejab..

1.sehari berpuasa dibulan Rejab InsyaAllah anda mendapat syurga tertinggi(Firdaus).

2.Dua hari berpuasa pahalanya dilipatgandakan.

3.Tiga hari berpuasa,dikurniakan kepada mereka parit yang panjang yang menghalang mereka ke neraka.

4.Empat hari berpuasa,dijauhkan daripada bala,penyakit dan fitnah dajjal di hari kiamat

5.Lima hari berpuasa,terhindar dari azab kubur.

6.Enam hari berpuasa,mukanya bercahaya apabila keluar dari kubur untuk dihisab

7.Tujuh hari berpuasa,ditutup kepada mereka tujuh pintu neraka.

8.Lapan hari berpuasa,dibuka kepada mereka lapan pintu syurga.

9.Sembilan hari berpuasa,keluar dari kubur dan mengucap dua khalimah syahadah dan tidak ditolak mereka dari memasuki syurga.

10.Sepuluh hari berpuasa,dijadikan dua sayap untuk terbang sepantas kilat di sirotalmustaqim

Besar sungguh hikmah yang bakal kita terima jika berpuasa dibulan ini...