Pages

Tuesday, November 1, 2011

Entrynya ~DH Tua Baru Nak Tgk AADC~

AADC...Mesti korang sume pernah tgk cite ni kn..mana mungkin tak pernah,filem ni kan PANAS suatu masa dahulu..gandingan NICholas Saputra dan DIan sastro menguatkan lagi plot filem ni...Sebenarnye aku pun baru je tgk..Thanks to TeamHanna sebab tetiba je tayang cite ni kat page diorang..Dulu cite ni kluar ak baru je mencecah form 1.x kot form 2 kot..aku pun lupa...Dalam kelas pun bising2 dorang borak2..siap ada kelas tu tampal poster tulis mcm ni "Ada Apa Dengan 2 beta" dgn background cite tu..last2,umo dh tua baru ak nk tgk..dian sastro tu pun dah siap ad anak sorang..tapi perasaan tu lain masa korang tgk cite ni umo dh tua mcm aku...mase tgk mula lah flashback balik time zaman remaja..cite ni berkisar pasal remaja sekolah..mentah lagi..x masak lg....teringat pulak time sekolah dulu..aku pulak pernah pegi 3 sekolah menengah..macam2 ORANG aku jumpa..first sekolah keramat,2nd Putrajaya ,3rd kat sekolah teknik...Mase kat keramat paling best sekali..Time tu Hip Hop tgh nak naik..sume pegi sekolah nak pkai suar londeh..suar tempah kat sungei wang..JUn saito n Cantona 7 la femes...kat putrajaya plak aku belaja berdikari..Time aku dtg putrajaya,time tu tempat tu baru je nak naik..kalu kuar mlm nmpk dh mcm dlm PLanet lain..Byk GILA lampu...And paling best sekali kat teknik..sebab die sekola asrama,so mcm mcm org aku jumpa..yang playboy,kaki bodek,barua,kaki pukul,ragging,budak2 tak puasa dah tu minx plak kurma kat aku,yang gay pun ada....aduyai rosak..Tula pasal..Tgk je cite AADC ni terus teringat balik sume benda..PAtutla cite ni hot dulu...o_0

 Ni die video yang kumpul sume scene

p/s:Maaf guna bahasa rojak..o_0

Sunday, October 30, 2011

Entry pendek

~Ingin update Pasal AADC dlm waktu terdekat~..o_0

Sunday, October 16, 2011

Anda Tension?
Membe sebelah buat muke?
Tingkap x dpat bukak?
Pemadam getah hilang?
Malam ni kite layan lagu Jiwang,amacam?...
Aku terjatuh Lagi dgn Iringan Okestra..o_0


Sunday, October 9, 2011

~Pasar Malam~

Pada suatu malam yang indah,disaat cengkerik bersiul siul sesama sendiri..Aku berjalan keluar mencari sesuap nasik bagi mengisi kekosongan di sebelah kiri partition perut ku ..Pandangan pertama ku jatuh pada pak cik penjual char kuew tiaw..Pak cik tu berpengalaman membuat char kuew tiaw..seperti biasa pembuat char kuew tiaw mesti ada style..Tidak kurang juga pakcik tu..Di campak nye beberapa perencah..Tak semena mena api marak merah menyambar kuali,bak buaya menyambar sang kancil...Aku terkesima seketika..Siap char kuew tiaw,harganya Rm3.50..Rasanye kelat dan sedikit pahit..Api bukan main tinggi menjulang..nasib tak memamah payung warungnya

Moral of the story:Jangan pandang char kuew tiaw pada apinya...o_0

Thursday, October 6, 2011

~Ringkasan Belanjawan PR untuk Pelajar dan Orang Muda~

Entry kali ini,penulis ingin menyimpulkan Belanjawan PR untuk ORANG MUDA dan PELAJAR sahaja.

Pertama sekali,belanjawan kali ini mengetengahkan isu gaji.Saya yakin ramai yang mengambil kira soal gaji dalam pemilihan kerja.PR berpendapat kompeni-kompeni di malaysia bukan nya tidak mampu memberi gaji yang setimpal cuma mahu meraih keuntungan lebih.


Secara statistiknya,40% golongan bawahan Malaysia memperoleh gaji purata RM1500 sebulan,40% golongan pertengahan memperoleh gaji purata RM3500 sebulan.Keseluruhannya 80% isi rumah di Malaysia menerima gaji purata RM2500.Jadi PR ingin memperkenalkan gaji minimum untuk penjabat awam sebanyak RM 1100 untuk tahun 2012.


1.RM1.6 bilion untuk sistem latihan teknikal dan vokasional bagi meningkatkan kemahiran bekerja.

2.Menghapuskan akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971

3.Membebaskan pelajar dari cengkamanJabatan hal ehwal Pelajar(HEP).

4.Pihak atasan universiti universiti awam akan dipilih secara demokratik dan berdasarkan merit.

5.RM 100 Juta untuk program Pilihan Anak Muda.Untuk anda yang muda bawah 30 tahun.Dana ini memudahkan mereka menjalankan program-program pilihan yang membawa kebaikan kepada mereka.

6.RM 50 juta untuk anak muda menonjolkan aktiviti berbentuk kreativiti,mewujudkan ruang riadah,ukhwah dan rekreasi.

Belanjawan PR secara keseluruhannya mencecah RM220 bilion sekaligus mengurangkan defisit kepda 4.4% dari KDNK dan menjimatkan wang RM14 bilion.

p/s:Penulis akan cuba tulis entry bajet 2012 kerajaan yang bakal dibentangkan esok atau 7 oktober 2011 bersamaan Jumaat..o_0

p/s:Penulis pertama kali tulis entry pasal belanjawan.Saya rasa belanjawan PR dan BN kali ini penting kerana kemungkinan pilihanraya akan diadakan dalam waktu terdekat..o_0

Wednesday, June 29, 2011

~Sentuhan Qalbu~

ada kah yang kekal di atas muka bumi ini,
harta yang kita miliki,
rakan-rakan yang kita miliki,
sudahkah kita menjadikan Allah sebagai cinta tertinggi kita,
tanyalah pada hati kita,
semuanya fana' diatas muka bumi ini,
tiada yang kekal diatas muka bumi ini,
tapi bila kita letakkan Allah sebagai cinta tertinggi kita,
Allah tidak akan pernah fana',
Allah tidak akan pernah meninggalkan hamba-hamba-Nya yang mencintai-Nya

Thursday, May 26, 2011

~Autumn in My Heart+Love story in Harvard~

~26/5/11~








My Princess
-Bercorakkan komedi romantik
-Plot  menarik
-Pelakon mantap
-Sape tak kenal hero Autumn in My heart saudara "Song seung-heon".Agak lame jugak aku tinggalkan drama lakonan mamat tersebut
-Heroin ini pasti anda terngiang ngiang jika penulis  sebutkan  namanye,"Kim Tae-hee".Beliau memberikan lagak lakonan yang meninggalkan kesan kepada penonton dengan intonasi serta bahasa badannya terutama sekali, dalam cerita "Love story in Harvard".Pasti anda akan terusik jiwa,terpesona,tertanya tanya,ternganga nganga,gundah gulana, dan lain2 dengan watak beliau dalam my princess.
-Gabungan dua pelakon drama popular tersebut sudah cukup menarik separuh jiwa ku pergi.
-Jadi penulis klasifikasikan drama My Princess dalam kategori wajib tonton.
-Selamat menonton.
-Mahu muat turun?.Usah pergi jauh.Klik disini   Muat Turun My Princess

Thursday, March 24, 2011

~Last entry Last class version~

24/3/11

Masa berlalu bagai air sungai yang mengalir,adakalanya laju dan adakalanya tersekat sekat.Sebenanya entry kali ini bukan nak cerita pasal sungai,tapi mahu melepaskan rindu ku untuk menaip di dalam blog ini.Sementara semester kali ini mahu melabuhkan tirainya,harus bagi ku menulis sesuatu secara ringkas tentangnya.Hari terakhir dikelas amat menghiburkan,ada yang datang sehelai sepinggang,berbaju pelangi,berbedak sakan dan tidak kurang juga yang bersikat kemas.Mereka masih kuat berdiri membuka almari mencari baju di hujung hujung perjuangan sem ini.Mungkin kerana tidak mahu luka lama berdarah kembali.Atau tidak mahu menangisi dikala result keluar nanti.Apa pun alasannya,tapi itulah pecutan terakhir yang sempat mereka lakukan.

Biasala,dihujung sem pasti pelajar akan diuji,sebelum hadiah diberi.Hadiah nya lumayan sekali,berupa set percutian 3 bulan di rumah sendiri tidak termasuk kos pengangkutan.Tapi bagi sem ini,katenya hadiah sudah berganda, menjadi 5 bulan serba serbi.Amboi,mengalahkan cuti bersalin.Ada juga mereka yang merancang mendirikan rumah tangga.Amboi,5 bulan tu...Tapi bagi pelajar pelajar seperti kami,fokus utamanya pasti periksa akhir ini.Banyakkan berdoa..Itu pesan rakan ku dulu...o_0

Friday, February 25, 2011

~Entry lepas hujan~

"apakah aku diterima,

atau Kau kan membiarkan  saja,

kerana ku berdosa,

jangan biarkan ku terhina,

aku merayu pada-Mu".

petikan dari lagu Rindu padaMu-Yassin...o_0

Wednesday, February 16, 2011

~Permulaan yang indah~

         Semalam,tepat jam 9 pagi,sedang farid ingin menyuapkan nasi lemak ke mulut nya,farid didatangi seorang jejaka.Jejaka itu masih muda ,agak berisi ,mukanya boleh tahan walau tak sehebat farid kamil,tapi sedap la mata memandang.jejaka tersebut tidak datang dgn perut kosong,katanya ada hajat yang terbuku dihati.Farid pun bertanyakan si empunya diri,apakah benar dia menginginkan sesuatu.Muka jejaka itu nampak gelisah,wajah yang girang bertukar pucat.Dalam hati farid terfikir,"apa hajat la si ramzi ni bawak?,suspen gak mamat ni"...

        oooo rupenye si jejaka tadi mengimpikan seorang gadis sunti yang sama kelas dengan nya..Biasala budak sekola memang suka cinta cinta ni.Lalu jejaka itu meminta tips untuk mengorat si gadis manis tersebut dari farid.Farid tanpa berlengah bertanyakan ciri-ciri gadis tersebut agar mudah die mengatur strategi.Katenye,

~Name gadis itu nabila.Orang sekeliling memanggilnya bella.Bella seorang yang agak lasak dan sukakan aktiviti yang mencabar dirinya.Bella juga berwajah menawan,yang membuatkan laki2 terkaku pabila dia lalu di kaki lima bangunan.Tapi bukan muka yang dipandang si ramzi,katenya ramzi sukakan dalaman bella yang jarang dijumpainya dalam diri orang lain.walaupun mereka sekelas namun mereka tidak pernah bertegur sapa,jauh sekali bergelak ketawa bersama berborak tentang zaman remaja mereka~..

bersambung..o_0

Wednesday, January 19, 2011

~Apapun Tajuk nya~

Rela lepaskan
Segala galanya yang ku ada, kalau itu yang kau idamkan,
Rela terima
Apapun syaratnya, dan dugaan untuk buktikan cintaku,
Asalkan dapat, kau mengubati ,hatiku yang cedera ditumpaskan cinta,
Asalkan dapat ,ku menundukkan amukan gelora jiwa yang menagih kasih

Petikan lirik Ghazal untuk Rabiah

p/s:Tengah menyusun idea untuk sambungan cite farid..o_0

Tuesday, January 18, 2011

~Catatan hari ini~

18/1/11


Hari ini ,penat itu masih mencemburui ak..
Sempat juga ku meluangkan berlari anak di stadium yang berkenaan...


Sempat juga ku melimpahkan peluh ke pipiku...
Sempat juga baju ni di tumpahi peluh tu...
Sempat juga pakcik tu menghembuskan halwa nafasnye ke lohong telingaku sambil berlari pecut ke arahku...
X sempat ak mengecam wajah pakcik berkenaan

Sempat juga lelaki lembut itu memintas ku...
Sempat juga pemuda itu menayangkan lengan sasanye kearahku sambil berlari...

Sempat ku meluangkan masa membaca berita di dada akhbar...
Sempat ak menghantar rakan ku ke kelasnye yang dipelusuk dunia tanpa meminta duit minyak...


Sempat juga memandang si ayu sambil berlari tadi...
Sempat ku mencantas sesawang dan lalang di blog ku ni...
Sempat sempat dan sempat...o_0

Saturday, January 8, 2011

~Penat yang Melampau~

Minggu lepas memang mencabar.Aku panggil minggu lepas minggu penat melampau.Kelas mula awal gile.Kul 8.3 dh kene siap.Kul 8 dh kene mandi.Sebenanya soal mandi ni tidak lah serumit mane,cume semenjak dua menjak ni,air kat bilik air tu makin sejuk je.Agak sukar untuk ku menghambat air tu ke tubuh ku.Tapi dengan tekad dan jati diri yang tinggi ,ak gagahkan diri,menggerakkan otot-otot sasa ak pada sudut 45 degree tepat mengenai anggota2 badan ku yang disaluti debu2 pagi yang berterbangan dek kerana habuk2 bilik ku.Eh,sebenanye bukan nak cite pasal mandi...Berbalik semula ke topik di atas.Hari tu mamang penat.Kesana kesini.Jalan terhuyung hayang meredah gelora lautan manusia.Minyak ku isi penuh agar senang untuk ku mengubah arah jika behana datang melintang.Disaat hati membara ingin ke kelas ,ku kosongkan otak ku utk mengisi ilmu yang baru,tapi hari ku itu dikejutkan dengan pop-Quiz yg dtg menimpa.Hari yang riuh bertukar hening.Ombak badai melanda pelajar material kelas ku.Masing2 buat slamba dgn kejutan itu knonnye tenang dan bersedia.Tapi hati merasa ingin menguak kuat melepaskan suara jantan keudara dgn desibel yang tinggi.Oh tidak kusangka,pensyarah ku sukakan kejutan.Aku cube memujuk diri menghunuskan pensil keramat keatas kertas yang putih suci tanpa karbon seinci.Duduk plak di depan sekali,mengadap pensyarah berambut lurus..Aduh,meliuk lentik lututku menjawab soalan itu.Rase seperti menjawab surat cinta Ramlah laser sambil diperhati *Fathia latiff...Tap ku cover sikap ku agar tidak terlepas laku..Selesai quiz yang membakar hempedu,ak diterjah pula dengan lab yang menyeksa.Lab nya tidak la seseukar mane,tp agak leceh bagi mereka yang malas menggerakkan organ2 untuk kesana kesini.Minggu depan plak pasti mencabar kerana Quiz bakal menjemput ku semula.Banyak betul harus kubaca.Seperti baca tulisan braile pun ada...Cuti minggu ni,perlu rehat secukup rasa,agar senang mengharungi liku...o_0

*Fathia latiff heroin cite Hani tv3..Sgt lawa..hoho

Monday, January 3, 2011

~Nasihat abang boy versi azam isninku~

Hari ni isnin pertama 2011.Lepas puas kite bercuti  dan melepaskan rindu mengadap orang yang tersayang kini isnin menjelma lagi.Azam baru sudah dilafaz,banyak sungguh azam mu.Azam tahun yang lalu entah kemana ditambah pula dgn yang ini.Terbaca di dada akhbar semalam kisah seorang pelakon drama meninggal dunia.Agak terkesima kerana usia nye masih muda namun nyawanya diambil Tuhan yang Maha Esa.Benarlah,tidak akan sesaat pun akan dicepatkan atau dilengahkan bila sampai kematiaanmu.Sedekahkan lah Al-fatihah untuk mereka yang sudah diambil Tuhan.Tak tau bila pula masa kita.Jangan bongkak jalan di dunia.Kerana dunia hanya singgah han mu.Teringat kata2 ustaz di masjid haritu.Antara tanda kecil kiamat adalah mati mengejut.Jangan terkejut atau berkerut jika rakan mu yang kau teman makan tadi pergi meninggalkan mu.Kerana itu banyak berlaku.Jika dilihat dengan imanmu,pasti kau perasan yang semua tanda kecil kiamat sudah berlaku.Tunggu lah kamu tanda yang besar itu menjelma.Harus diingat,masa itu sudah terlambat bagimu.Kerana pintu taubat sudah ditutup rapat.Jangan ditanya kenapa tidak diberi waktu.Kerana  kau tidak hargai masa mudamu.Lupakah kau kisah firaun.yang menggangap dirinya tuhan.Akhirnya mati ditelan lautan.Tak sempat bertaubat si firaun kerana nyawanya sudah dikerongkong.

p/s:Berazam mahu meninggalkan dosa2 lalu..o_0