Pages

Wednesday, January 19, 2011

~Apapun Tajuk nya~

Rela lepaskan
Segala galanya yang ku ada, kalau itu yang kau idamkan,
Rela terima
Apapun syaratnya, dan dugaan untuk buktikan cintaku,
Asalkan dapat, kau mengubati ,hatiku yang cedera ditumpaskan cinta,
Asalkan dapat ,ku menundukkan amukan gelora jiwa yang menagih kasih

Petikan lirik Ghazal untuk Rabiah

p/s:Tengah menyusun idea untuk sambungan cite farid..o_0

Tuesday, January 18, 2011

~Catatan hari ini~

18/1/11


Hari ini ,penat itu masih mencemburui ak..
Sempat juga ku meluangkan berlari anak di stadium yang berkenaan...


Sempat juga ku melimpahkan peluh ke pipiku...
Sempat juga baju ni di tumpahi peluh tu...
Sempat juga pakcik tu menghembuskan halwa nafasnye ke lohong telingaku sambil berlari pecut ke arahku...
X sempat ak mengecam wajah pakcik berkenaan

Sempat juga lelaki lembut itu memintas ku...
Sempat juga pemuda itu menayangkan lengan sasanye kearahku sambil berlari...

Sempat ku meluangkan masa membaca berita di dada akhbar...
Sempat ak menghantar rakan ku ke kelasnye yang dipelusuk dunia tanpa meminta duit minyak...


Sempat juga memandang si ayu sambil berlari tadi...
Sempat ku mencantas sesawang dan lalang di blog ku ni...
Sempat sempat dan sempat...o_0

Saturday, January 8, 2011

~Penat yang Melampau~

Minggu lepas memang mencabar.Aku panggil minggu lepas minggu penat melampau.Kelas mula awal gile.Kul 8.3 dh kene siap.Kul 8 dh kene mandi.Sebenanya soal mandi ni tidak lah serumit mane,cume semenjak dua menjak ni,air kat bilik air tu makin sejuk je.Agak sukar untuk ku menghambat air tu ke tubuh ku.Tapi dengan tekad dan jati diri yang tinggi ,ak gagahkan diri,menggerakkan otot-otot sasa ak pada sudut 45 degree tepat mengenai anggota2 badan ku yang disaluti debu2 pagi yang berterbangan dek kerana habuk2 bilik ku.Eh,sebenanye bukan nak cite pasal mandi...Berbalik semula ke topik di atas.Hari tu mamang penat.Kesana kesini.Jalan terhuyung hayang meredah gelora lautan manusia.Minyak ku isi penuh agar senang untuk ku mengubah arah jika behana datang melintang.Disaat hati membara ingin ke kelas ,ku kosongkan otak ku utk mengisi ilmu yang baru,tapi hari ku itu dikejutkan dengan pop-Quiz yg dtg menimpa.Hari yang riuh bertukar hening.Ombak badai melanda pelajar material kelas ku.Masing2 buat slamba dgn kejutan itu knonnye tenang dan bersedia.Tapi hati merasa ingin menguak kuat melepaskan suara jantan keudara dgn desibel yang tinggi.Oh tidak kusangka,pensyarah ku sukakan kejutan.Aku cube memujuk diri menghunuskan pensil keramat keatas kertas yang putih suci tanpa karbon seinci.Duduk plak di depan sekali,mengadap pensyarah berambut lurus..Aduh,meliuk lentik lututku menjawab soalan itu.Rase seperti menjawab surat cinta Ramlah laser sambil diperhati *Fathia latiff...Tap ku cover sikap ku agar tidak terlepas laku..Selesai quiz yang membakar hempedu,ak diterjah pula dengan lab yang menyeksa.Lab nya tidak la seseukar mane,tp agak leceh bagi mereka yang malas menggerakkan organ2 untuk kesana kesini.Minggu depan plak pasti mencabar kerana Quiz bakal menjemput ku semula.Banyak betul harus kubaca.Seperti baca tulisan braile pun ada...Cuti minggu ni,perlu rehat secukup rasa,agar senang mengharungi liku...o_0

*Fathia latiff heroin cite Hani tv3..Sgt lawa..hoho

Monday, January 3, 2011

~Nasihat abang boy versi azam isninku~

Hari ni isnin pertama 2011.Lepas puas kite bercuti  dan melepaskan rindu mengadap orang yang tersayang kini isnin menjelma lagi.Azam baru sudah dilafaz,banyak sungguh azam mu.Azam tahun yang lalu entah kemana ditambah pula dgn yang ini.Terbaca di dada akhbar semalam kisah seorang pelakon drama meninggal dunia.Agak terkesima kerana usia nye masih muda namun nyawanya diambil Tuhan yang Maha Esa.Benarlah,tidak akan sesaat pun akan dicepatkan atau dilengahkan bila sampai kematiaanmu.Sedekahkan lah Al-fatihah untuk mereka yang sudah diambil Tuhan.Tak tau bila pula masa kita.Jangan bongkak jalan di dunia.Kerana dunia hanya singgah han mu.Teringat kata2 ustaz di masjid haritu.Antara tanda kecil kiamat adalah mati mengejut.Jangan terkejut atau berkerut jika rakan mu yang kau teman makan tadi pergi meninggalkan mu.Kerana itu banyak berlaku.Jika dilihat dengan imanmu,pasti kau perasan yang semua tanda kecil kiamat sudah berlaku.Tunggu lah kamu tanda yang besar itu menjelma.Harus diingat,masa itu sudah terlambat bagimu.Kerana pintu taubat sudah ditutup rapat.Jangan ditanya kenapa tidak diberi waktu.Kerana  kau tidak hargai masa mudamu.Lupakah kau kisah firaun.yang menggangap dirinya tuhan.Akhirnya mati ditelan lautan.Tak sempat bertaubat si firaun kerana nyawanya sudah dikerongkong.

p/s:Berazam mahu meninggalkan dosa2 lalu..o_0