Pages

Monday, January 3, 2011

~Nasihat abang boy versi azam isninku~

Hari ni isnin pertama 2011.Lepas puas kite bercuti  dan melepaskan rindu mengadap orang yang tersayang kini isnin menjelma lagi.Azam baru sudah dilafaz,banyak sungguh azam mu.Azam tahun yang lalu entah kemana ditambah pula dgn yang ini.Terbaca di dada akhbar semalam kisah seorang pelakon drama meninggal dunia.Agak terkesima kerana usia nye masih muda namun nyawanya diambil Tuhan yang Maha Esa.Benarlah,tidak akan sesaat pun akan dicepatkan atau dilengahkan bila sampai kematiaanmu.Sedekahkan lah Al-fatihah untuk mereka yang sudah diambil Tuhan.Tak tau bila pula masa kita.Jangan bongkak jalan di dunia.Kerana dunia hanya singgah han mu.Teringat kata2 ustaz di masjid haritu.Antara tanda kecil kiamat adalah mati mengejut.Jangan terkejut atau berkerut jika rakan mu yang kau teman makan tadi pergi meninggalkan mu.Kerana itu banyak berlaku.Jika dilihat dengan imanmu,pasti kau perasan yang semua tanda kecil kiamat sudah berlaku.Tunggu lah kamu tanda yang besar itu menjelma.Harus diingat,masa itu sudah terlambat bagimu.Kerana pintu taubat sudah ditutup rapat.Jangan ditanya kenapa tidak diberi waktu.Kerana  kau tidak hargai masa mudamu.Lupakah kau kisah firaun.yang menggangap dirinya tuhan.Akhirnya mati ditelan lautan.Tak sempat bertaubat si firaun kerana nyawanya sudah dikerongkong.

p/s:Berazam mahu meninggalkan dosa2 lalu..o_0

0 comments:

Post a Comment