Pages

Thursday, March 24, 2011

~Last entry Last class version~

24/3/11

Masa berlalu bagai air sungai yang mengalir,adakalanya laju dan adakalanya tersekat sekat.Sebenanya entry kali ini bukan nak cerita pasal sungai,tapi mahu melepaskan rindu ku untuk menaip di dalam blog ini.Sementara semester kali ini mahu melabuhkan tirainya,harus bagi ku menulis sesuatu secara ringkas tentangnya.Hari terakhir dikelas amat menghiburkan,ada yang datang sehelai sepinggang,berbaju pelangi,berbedak sakan dan tidak kurang juga yang bersikat kemas.Mereka masih kuat berdiri membuka almari mencari baju di hujung hujung perjuangan sem ini.Mungkin kerana tidak mahu luka lama berdarah kembali.Atau tidak mahu menangisi dikala result keluar nanti.Apa pun alasannya,tapi itulah pecutan terakhir yang sempat mereka lakukan.

Biasala,dihujung sem pasti pelajar akan diuji,sebelum hadiah diberi.Hadiah nya lumayan sekali,berupa set percutian 3 bulan di rumah sendiri tidak termasuk kos pengangkutan.Tapi bagi sem ini,katenya hadiah sudah berganda, menjadi 5 bulan serba serbi.Amboi,mengalahkan cuti bersalin.Ada juga mereka yang merancang mendirikan rumah tangga.Amboi,5 bulan tu...Tapi bagi pelajar pelajar seperti kami,fokus utamanya pasti periksa akhir ini.Banyakkan berdoa..Itu pesan rakan ku dulu...o_0