Pages

Sunday, October 30, 2011

Entry pendek

~Ingin update Pasal AADC dlm waktu terdekat~..o_0

Sunday, October 16, 2011

Anda Tension?
Membe sebelah buat muke?
Tingkap x dpat bukak?
Pemadam getah hilang?
Malam ni kite layan lagu Jiwang,amacam?...
Aku terjatuh Lagi dgn Iringan Okestra..o_0


Sunday, October 9, 2011

~Pasar Malam~

Pada suatu malam yang indah,disaat cengkerik bersiul siul sesama sendiri..Aku berjalan keluar mencari sesuap nasik bagi mengisi kekosongan di sebelah kiri partition perut ku ..Pandangan pertama ku jatuh pada pak cik penjual char kuew tiaw..Pak cik tu berpengalaman membuat char kuew tiaw..seperti biasa pembuat char kuew tiaw mesti ada style..Tidak kurang juga pakcik tu..Di campak nye beberapa perencah..Tak semena mena api marak merah menyambar kuali,bak buaya menyambar sang kancil...Aku terkesima seketika..Siap char kuew tiaw,harganya Rm3.50..Rasanye kelat dan sedikit pahit..Api bukan main tinggi menjulang..nasib tak memamah payung warungnya

Moral of the story:Jangan pandang char kuew tiaw pada apinya...o_0

Thursday, October 6, 2011

~Ringkasan Belanjawan PR untuk Pelajar dan Orang Muda~

Entry kali ini,penulis ingin menyimpulkan Belanjawan PR untuk ORANG MUDA dan PELAJAR sahaja.

Pertama sekali,belanjawan kali ini mengetengahkan isu gaji.Saya yakin ramai yang mengambil kira soal gaji dalam pemilihan kerja.PR berpendapat kompeni-kompeni di malaysia bukan nya tidak mampu memberi gaji yang setimpal cuma mahu meraih keuntungan lebih.


Secara statistiknya,40% golongan bawahan Malaysia memperoleh gaji purata RM1500 sebulan,40% golongan pertengahan memperoleh gaji purata RM3500 sebulan.Keseluruhannya 80% isi rumah di Malaysia menerima gaji purata RM2500.Jadi PR ingin memperkenalkan gaji minimum untuk penjabat awam sebanyak RM 1100 untuk tahun 2012.


1.RM1.6 bilion untuk sistem latihan teknikal dan vokasional bagi meningkatkan kemahiran bekerja.

2.Menghapuskan akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971

3.Membebaskan pelajar dari cengkamanJabatan hal ehwal Pelajar(HEP).

4.Pihak atasan universiti universiti awam akan dipilih secara demokratik dan berdasarkan merit.

5.RM 100 Juta untuk program Pilihan Anak Muda.Untuk anda yang muda bawah 30 tahun.Dana ini memudahkan mereka menjalankan program-program pilihan yang membawa kebaikan kepada mereka.

6.RM 50 juta untuk anak muda menonjolkan aktiviti berbentuk kreativiti,mewujudkan ruang riadah,ukhwah dan rekreasi.

Belanjawan PR secara keseluruhannya mencecah RM220 bilion sekaligus mengurangkan defisit kepda 4.4% dari KDNK dan menjimatkan wang RM14 bilion.

p/s:Penulis akan cuba tulis entry bajet 2012 kerajaan yang bakal dibentangkan esok atau 7 oktober 2011 bersamaan Jumaat..o_0

p/s:Penulis pertama kali tulis entry pasal belanjawan.Saya rasa belanjawan PR dan BN kali ini penting kerana kemungkinan pilihanraya akan diadakan dalam waktu terdekat..o_0